Coretan Warisan

>> Selasa, Oktober 05, 2010

Aku dilahirkan pada tanggal 31 Disember 1970 di sebuah rumah kampung oleh ibu kecintaanku Halimah binti Mahmud(telah kembali ke Rahmatullah- 1989). Aku membesar dalam keluarga yang agak susah. Ayahku seorang nelayan, manakala ibuku pula seorang suri rumah. Hidup kami serba kekurangan. Maklumlah kerja sebagai nelayan pada ketika itu hanya sekadar cukup makan.
Ayahku seorang Bilal surau kampung selain bekerja sebagai nelayan. Menangkap ikan adalah warisan datuk moyangku sehinggakan kesemua ahli keluarga ayahku berkecimpung dalam kerjaya ini demi mencari sesuap nasi bagi menyara kehidupan keluarga mereka. Tapi kami anak beranak tidak pernah merungut walau dalam apa keadaan sekalipun. Kami sekeluarga hidup bahagia. Apa yang penting bagi ayah beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mencari nafkah untuk keluarga.Ibuku pula sentiasa sibuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Ibu tak pernah merungut dengan kesempitan hidup yang dilalui.

0 comments:

MyGovMOHEMAMPUMSCMyIdeasMyLine

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP