Terkilan
>> Sabtu, Oktober 02, 2010
.... entahlah, aku pun tak tahu apakah yang patut aku buat. Aku memang seorang yang garang dengan anak2 mahupun dengan anak muridku sewaktu aku berkhidmat sebagai seorang guru. Pantang anak murid silap sikit, aku mulalah melenting... kali ni terkena pula dengan anak sendiri. aku sebenarnya sayang dengan anak2, tapi mereka seolah2 tidak tahu menilai kasih sayang seorang ayah yang sentiasa sibuk dengan kerja. Apatah lagi aku sekarang telah menyambung pelajaranku di universiti. Aku sangat sayangkan mereka kerana merekalah zuriat kami dinia hingga akhirat.
Allah telah kurniakan aku tiga orang putera dan seorang puteri dan insya Allah pada tahun depan keluarga bertambah besar dengan kehadiran seorang lagi zuriatku. Tak tahu lagi putera atau puteri. Abang2 dan kakaknya masing2 nakkan pengaruh mereka, biasalah tu.... yang penting anak yang bakal dilahirkan isteri kesayanganku sihat dan membesar dengan sempurna.
Sepanjang peninggalanku kerana menyambung pengajian di UTHM, tanggungjawab menjaga, menghantar mereka ke sekolah, selain mengurskan rumahtangga terpikul di bahu isteri kesayanganku... aku sangat menyanjung tinggi pengorbanan seorang isteri yang solehah sepertinya. Dia tidak pernah menyakiti hatiku, tidak pernah merungut dan menerima aku seadanya.... terima kasih sayangku. Kaulah temanku di duniadan mudah2an kaulah juag temanku di syurga nanti. Insya Allah.
Anak2ku kesemuanya baik.... tapi puteriku yang sorang ni agak merisaukan aku. Kadang2 aku menjadi tidak keruan dengan sikapnya. Dia seorang yang cerdik sebab namanyanya dalam bahasa arabpun bererti bijak. Mungkin ini adalah ujian Allah bagi kami berdua.... Aku redha dengan fitnah ini. Dia sedang meningkat remaja dan kelihatan agak matang jika dibandingkan dengan anak-anakku yang lain. Yang menyedihkan aku dia sudah pandai berbohong dan tidak mahu bercakap benar. Aku memang pantang orang bercakap bohong sebab pepatah ada mengatakan "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri".
Aku sebolehnya tidak mahu mengambil kembali sifat lamaku. Cukuplah ia menjadi sejarah dalam kehidupan lampauku.Aku seboleh-bolehnya nak didik anak-anak dengan pendekatan kasih sayang, mesra, bertoleransi dan sebagainya. Aku tidak lagi mahu dikongkong dengan liputan nafsu sehingga aku terpaksa.... cukuplah dengan apa yang telah aku lakukan sebelum ini. Aku nakkan anak-anakku membesar dengan kasih sayang dan berfikir sebelum melakukan sesuatu... Aku akan ampunkan mereka walau sebesar manapun kesalahan yang telah dilakukan yang tidak melanggar syariat agama.Tapi jangan sesekali bercakap bohong... tidak salah kita mengku kesilapan yang telah kita lakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi..dan menjadi kesalahan yang lebih besar bila kita memungkiri janji.
Bersabarlah dengan ujian tuhan kepadamu....SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA...


0 comments:
Catat Ulasan